REFLEKSI DIRI

 




Assalamualaikum semua!Pada hari ini saya berkongsi dengan anda semua berkaitan pengalaman yang saya peroleh dari pembelajaran subjek ini bagi semester 2.Pertama sekali,saya ingin ucapkan terima kasih kepada pensyarah saya iaitu Madam Nor Ashikin binti Zulkepli atas tunjuk ajar yang diberikan.Saya amat berbangga kerana saya dapat menjadi sebahagian dari pelajarnya.

Seterusnya,saya juga ingin berterima kasih kepada rakan seperjuangan saya yang banyak memberi tunjuk ajar disepanjang menghadapi subjek ini.Tanpa mereka,saya tidak dapat menyiapkan tugasan ini dengan lancar.Mereka juga saling berkerjasama antara satu sama lain tanpa mengira penat lelah.Terlalu banyak pahit manis yang berlaku pada sesmester ini,tetapi merekalah yang sering berada disisi saya untuk terus memberi semangat.Saya amat bersyukur kerana dapat menjadi sebahagian daripada mereka.

Selain itu,saya juga memperoleh pelbagai ilmu baharu melalui subjek ini kerana subjek ini telah memberikan tugasan mengikut tajuk-tajuk yang tertentu.Sebagai contoh,tajuk yang diambil ialah berkaitan pengurusan stress,pemakanan sihat dan kepentingan derma darah.Di dalam setiap tajuk yang diberikan terdapat ilmu-ilmu yang baharu yang saya perolehi, dan dapat diguna pakai dalam kehidupan seharian.Saya berterima kasih kerana dapat diberikan pendedahan terhadap ilmu yang amat penting ini.

Bukan itu sahaja,saya juga dilatih untuk berkerjasama dan berbincang di dalam kumpulan.Oleh kerana,saya dan rakan-rakan diberikan tugasan aerodance yang memerlukan kerjasama dari setiap individu.Alhamdulillah saya dan rakan-rakan dapat membuahkan hasil dalam setiap latihan aerodance yang hampir satu bulan tempohnya.Kesabaran juga diuji ketika tugasan ini dilakukan kerana pergerakan tarian yang dilakukan bukan mudah untuk dilakukan,maka setiap diantara kami perlu mengembleng tenaga untuk menghasilkan aerodance yang menarik dan berkualiti.

Sebagai konklusinya,saya memperoleh pelbagai pembelajaran dan pengajaran sepanjang saya mengikuti subjek ini iaitu KQK 1051.Saya juga mengagap subjek ini,sebagai subjek yang tidak terlalu memberikan tekanan kerana ia amat memberikan ketenangan dan keseronokan apabila mengikuti subjek ini.Sekali lagi saya ingin berterima kasih,kerana sudi membaca refleksi yang saya karang ini berdasarkan pengalaman saya sendiri.Saya berharap anda juga tertarik dalam mengikuti subjek ini.Sekian terima kasih


Comments